Popular Post

Archive for 2009

minat

By : akira daigo

Saya merupakan seorang pelajar yang sangat meminati manga dan anime dari negara Jepun.
malah, saya juga banyak mengumpul komik-komik dan sering melayari internet untuk mendapatkan info-info terbaru tentang manga -manga keluaran terbaru dari Jepun.


Minat yang mendalam tentang bidang lukisan juga telah mendorong saya untuk mencipta karya sendiri dan cuba untuk menerbitkannya.

Cita - cita

By : akira daigo

Sering kali kita melihat para pelajar yang belajar di sekolah, asrama, kolej, universiti atau lain-lain institusi pendidikan yang ada di negara ini. Pernahkah anda terfikir , adakah mereka semua telah mempunyai cita-cita yang tetap? kita sudah sedia maklum bahawa cita-cita yang mahu dicapai haruslah bermula dari kejayaan. contohnya, seorang insan telah berjaya menjadi doktor yang bertauliah iaitu hasil dari kesungguhannya pada masa sekolah dahulu. jelaslah bahawa cita-cita yang ingin dicapai haruslah bermula dari kejayaan yang utuh serta bersungguh-sungguh.

Cabaran Hidup

By : akira daigo

Cabaran hidup merungkaikan tentang perjalanan hidup seseorang yang dipenuhi dengan penderitaan dan kesusahan, ia juga boleh mendorong seseorang untuk menjadi lebih tertekan dan menjadi pemarah. malah, kegiatan harian seseorang itu juga boleh terjejas. Oleh itu, kita dinasihatkan bersabar dan sentiasa beristighfar kepada yang Maha Esa.

- Copyright © 2013 Faeez aka Akira Daigo - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -